Friday, October 30, 2009

Lagenda 'Sumpah Bunian'



Korang penah tgk tak citer 'Sumpah Bunian'. Aku tak perasan since biler aku tgk citer ni, rasanyer masa minggu ke-2 raya kot. Tgk kat umah org masa g beraya. Since that, mmg aku follow la citer nie, aku rasa citer ni mmg la cam tak logik..tp olahan citer ni yang membuatkan jalan cerita nyer sgt menarik. Maybe dgn gandingan 3 watak utama yang best ni menguatkan lagi jalan ceritanyer.

Setiap hari pas balik keje, terus bukak tv3..dptla tgk citer ni 15minit yang terakhir. Sbb kat Tv3 citer ni start kol 4.30ptg-5.30ptg..Then mlm ulangan kat tv9 jam 8.35mlm-9.35mlm. So, mlm jekla dapat tgk citer ni sepenuhnya. Mmg setiap mlm la aku teruja giler nak tgk citer ni. Citer ni Isnin-Khamis jek.

Drama ni merupakan cerita yang penuh dgn imaginasi. Kita selalu dgr pelbagai kisah dan lagenda and cerita rakyat mengenai org bunian. Drama ni cuba tuk menyampaikan secara versi moden dengan menyelitkan dimensi dunia bunian, sesuatu yang tidak dapat digambarkan oleh alam nyata.

Aku citer sketla..Citer ni mengisahkan percintaan di antara gadis bunian yang bernama Hawa (Nora Danish) dengan manusia biasa, Adam(Ryzal). Aku sampai terpikir, kalau dlm realiti, agaknyer penah terjadi tak org bunian bertukar menjadi manusia biasa hanya untuk mengejar cintanyer. Dan Hawa berjaya kahwin dengan Adam tapi tidak boleh memberikan Adam zuriat kerana keturunnya dari bunian. And Adam dipaksa kahwin dengan Zeera (Elly Mazlien) utk dpatkan zuriat. JAHAT giler si Zeera nie..mmg sakit hati tgk dia ni and kadang2 kelakar gak..mmg gedik n jahat tahap C*&#!..Emo lak aku nie..hahah..

Aku rasa next week dah habis kot citer ni, sbb smlm si Adam dah kene panah petir, sbb melanggar sumpah bunian..mampos lak si laki hensem n baik hati nie..

Kesimpulannya..kalau betul dlm realiti, org bunian yang secantik2nya tue leh bertukar menjadi manusia..Mmg makin susahla pompuan skrg nak merebut cinta laki kat dunia ni sbb nak kene bersaing lak ngan pompuan bunian yg cantik+baik+alim+sopan..Perghh..

Maka dengan itu, kita jadilah sebaik2 manusia..Hati yang bersih akan menjadikan rupa seseorang itu secantik dan sebersih hatinya..

2 comments:

ilah said...

yeh...i'm one of the followers citer ni...sbb ktorg tgk sama2...heheh...cuma satu jek la nasihat, tgk citer ni mmg bleh membuatkan kte sakit hati yg teramat2...so pandai2la control emosi yek...

aija said...

adam langgar sumpah apa sampai kene petir. tak tgk lah smlm sbb bz sgt kat dapur. tak tau pon ade ulangan kat tv9.