Monday, May 17, 2010

HoneYMoOn Kali Ke 57

We had our short vacation last weekend..Tujuan utama aku hanyala utk pergi makan belangkas kat Teluk Sengat..then nak g bersiar2 kat tepi pantai desaru jek..sbb mmg amat jarang kami dapat spend time berdua di hujung minggu..Selalunyer kalau hujung minggu kat Batu Pahat, either rumah saya atau rumah dia..

So, sabtu pagi pas breakfast ktorang gerak dlm kol 9.30pg menuju terus ke Teluk Sengat utk mencari belangkas sodap..Sebenarnya,belangkas yg popular kat Kota Tinggi ialah kat kedai Belangkas Mahkota..mula2 aku decide nak mkn kat sini la, tp selepas ramai member habaq yg kat Teluk Sengat lagi sedap n murah, aku rasa baik cuba yg kat Teluk Sengat dulu..next time baru nak try kat Belangkas Mahkota..

Jalan nak g ke Teluk Sengat ni, sejalan nak ke Desaru...Korang akan jumpa simpang ke Teluk Sengat ni selepas jumpa Felda Air Tawar 1..and kedai belangkas ni, betul2 kat simpang masuk ke Teluk Sengat..senang la nak jumpa..sbb mmg ada kedai dia jek kat situ..kedai ni takder nama..nmpak cam biasa jek..tp lauk sedap2 termasukla si belangkas..



Kedai belangkas tak bernama

Ktorang mkn kepala ikan mayong, belangkas n ulam..Kesemuanya RM16.40..aku rasa mcm murah sbb ada kepala ikan mayong tu kan..belangkas tu aku rasa mmg tak mahal..Aku sempat tanya owner kat kedai ni, belangkas kat sini jual waktu ada musim jek ker..dia kata sentiasa ada..tak ikut musim...jarang skali belangkas ni takder jual kat kedai ni..

ulam-ulaman
asam pedas kepala ikan mayong

belangkas sambal

telur belangkas


Selepas puas hati kekenyangan mkn..ktorang proceed terus perjalanan ke Desaru..dah tak jauh dah Desaru tu dari Teluk Sengat ni..dlm 30km jek..Smpai jek Desaru, ktorang pusing kat situ, then, jalan lak kat Tanjung Balau..Then, tetiba tergerak cam nak bermlm kat sana..Maka, sessi pencarian hotel @ chalet pon bermula..

Selesai pusing survey rate hotel semua, ktorang decide utk bermalam di Lotus Desaru Beach Resort .



Boleh tahan menarik la tmpat nie..and yg paling memuaskan hati adalah bilik nyer..sgt comfortable..2 tingkat lak tu bilik nyer..

ruang tamu

small kitchen tp letak kasut

peti tv

stairs to bed

smpai hujung tangga terus jumpa katil

dari katil di atas leh jenguk abg di bawah


Lepas relaks2 kat bilik jap, ktorang terus kuar tuk having our welcome drink kat Rhu Bar..Lepak2 tgk ada a group of chinese ngah wat beach game..sronok betol..aku terus terbayang2 if wat family day keluarga aku or mertua ke or kawan2 aku kat sini..syok btol!..


en.madey mencuci mata

'syoknyer kalau member2 kita ikut kan'

Dah petang sket, ktorang g jenjalan kat Tanjung Balau..tgk org mandi manda kat laut..membuatkan aku cam hilang sabar..terus beli suar mandi kat tepi pantai tue gak..then ktorang terus balik bilik, tukar baju..Dapat gak aku cecah kaki kat laut..sukernyerr!..beli suar mandi hanya utk cecah kaki di gigi air laut saja..

marilah kita mencuci kaki



Mlm kami dinner di pekan Bandar Penawar..


Esoknyer, pas breakfast, kami jalan2 kat sekitar lotus ni..g la tgk gelagat kanak2, mak org, bapak org mandi manda kat pool..pool kat lotus lebih kurang cam kat water world la..cuma kecik sket..tp tu pon dah best aku rasa..memandangkan kami ni pengembara kategori double..kami tgk jekla..tak main pon..tunggula kami dah ada bertiga or berempat ker..baru syok!

pas ni kene bawak LA la g sini

ada 4 slide kat lotus nie..

aku paling berminat ngan kelapa besar nie..

coconut splash!!

sekumpulan keluarga having so much fun!

en.madey amik peluang.. ;)..hepp..


Check out pukul 12.00 then terus gerak balik JB..Desaru ke JB tak smpai 2 jam pon, lebih kurang 1jam setengah jek..Makluman kepada Epit..Desaru tu letakkanyer di Johor, bukan di Negeri Sembilan yek..Harap maklum..

Tiba di JB, ktorang terus lepak tido tak hengat..Mlm ktorang lepaks umah smbil tgk dvd citer Hachiko : A Dog's Story ..


Best citer nie..touching sesgt..meleleh2 airmata aku smbil digelakan oleh en.madey..citer ni dah lama, tp aku baru nak tgk sbb aku dgr ramai yg kata citer ni best..sesapa yg belum tgk, sila la tgk yek..

Mlm ni en madey dah balik Seremban..pasni 2 minggu lagi baru kami berjumpa semula..jumpa tak selalu, once dpt having fun camni on weekend..mmgla sgt best..hope kita dpt g tmpat lain lak pasni k en.madey..Love You!

Always In LOVE

8 comments:

Psyche said...

sweet.
(LA juga ada!)

betul ke 57x dah? hebatla kamu kire. lebih banyak honeymoon dari orang yang kawin 60 tahun ni nampaknya.

ilah said...

fuhh!!!! terkecur air liur tgk belangkas tu...x leh jd ni, nak kena g mkn ni kt teluk sengat....bleh shoping baju kt kota tinggi...horrayy!!

ciketon fazya said...

err belangkas tu sedap ke?
[teringin rasa tapi tertakut pun ye juga]

Hajar Bte Zainal said...

KP:
saya tak kira la KP..saya tibai jeks kali ke-57..hahaha..

nanti kita bwak LA lak ehh..

Eton:
belangkas yg sedap telur dia..rasa biasa jek..meh la dtg..i bawak u g sana..

Ilah:
bile ko nak g?aku nak ikut!

Mazura said...

desaru bestnye rindu la plak nak g sana

Azaziah Hani said...

wah...leh masuk book of record nie..hehehe

maslinda said...

hahaha..mati2 aku ingat betol2 dh ke-57! dasat betol..

er...ja bape hinggit kepala ikan mayong tu? fav tu weh!! aritu mak aku dtg,siap angkut berketul2 kepala ikan mayong,masak kat umah aku...sedappppp

Hajar Bte Zainal said...

Yah:
marilah kita g desaru beramai2..

aza:
hahaha..

mas:
aku tak tau la bape henggit..mkn semua 16.40..agak murah la aku rasa..dlm rm10 jek kot..
ko sama la cam madey, suke mkn kepala ikan mayong..