Tuesday, September 7, 2010

Syoknya Raya!

28 Ramadhan 1431

Hari terakhir aku bekerja sebelum cuti paaanjaaang utk hari raya..insyallah pas keje ni aku akan balik terus ke kampung jika cuaca mengizinkan..kalau hujan lebat cam smlm, akanku postponed balik esok pagi sahaja..

Kegembiraan aku terlebih sikit tahun ni sbb esok en.madey jua akan pulang ke BP utk menyambut hari raya bersama2..tahun ni adalah kali ke-2 dia dpt cuti beraya setelah 7 thn berkhidmat sbg anggota bomba..dia bukan setiap tahun dpt cuti raya..dorg guna sistem cuti raya bergilir2..nasib la kan,pasni 5 thun lagi en.madey akan dpt cuti raya lg...kesian..tp,tu la pengorbanan mereka utk keselamatan negara..berhati-hati la di jalanraya yek kengkawan..utk keselamatan kita, juga utk mengurangkan kerja anggota bomba menyelamat mangsa kemalangan di hari raya..

Aku ni share sket planning hari raya kami tahun ni :

8hb September 2010
= di rumah aku (Tmn Soga) dan bermalam

9hb September 2010
= di rumah en.madey (Prt. Bilal) dan bermlm (mlm raya di rumah mertua ok)

10hb September 2010 (raya pertama)
= di rumah en.madey (Prt. Bilal), after Asar balik ke kampung aku di sg.suloh dan bermalam di rumah aku (Tmn Soga)

11hb September 2010 (raya ke-2)
= join konvoi raya keluarga aku (Sg.Suloh-Prt.Hj.Mustaffa-Kg.Air Putih-Air Hitam) dan bermalam di rumah aku (Tmn Soga)

12hb September 2010 (raya ke-3)
= marhaban lelaki di rumah en.madey(Prt.Bilal) dan bermalam

13hb September 2010 (raya ke-4)
= konvoi raya keluarga en.madey dan bermalam

14hb September 2010 (raya ke-5)
=planning beraya bersama rakan-rakan sepelaungan aku dan bermlm di rumah aku (Tmn Soga)

15hb September 2010 (raya ke-6)
= en.madey sudah kembali bertugas,isteri masih menikmati cuti di rumah sehingga 19hb...bahagiaanyee saya dirumah...

ADIL dan SAKSAMA kan jadual kami....muafakat membawa berkat ni namanyer..hahaha...


Dengan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Dan Batin kepada :

1. Semua warga LPNM di HQ,JB dan juga cawangan-cawangan diseluruh Malaysia
2. Semua warga JBPM di Seremban 2 khususnya, seluruh Malaysia amnya..
3. Keluarga Tmn Soga=mak,abah,along,abg long dan adik..
4. Keluarga Prt Bilal=mak,abah,atok, along,abg irun, al dan aa ..
5.Rakan-rakan sekalian = Epit, Yah, Jep, Kak Pah n Muqri, Nad, Mimie n Hafiz, Sri, Yuhana, n Husband, Ned, Ryan and Azlan, Shar, Eliza n husband, Azza n husband, Eton n Mr.Alfateh dan semua (maaf mesti ada yang tertinggal)
6. Semua umat Islam..muslimin dan muslimat.....


Sama-samalah kita manfaatkan Hari Raya tahun ini dengan sebaiknya..agar kita sama-sama mendapat keberkatan daripadaNya..Salam Aidilfitri utk semuaa!!!


12 comments:

aija hafiz said...

bukan anggota keselamatan jer kene cuti raya gilir2, anggota kesihatan pon...

Unknown said...

hajar..selamat hari raya jugak untuk ko n en. madey...semoga percutian yang panjang akan membuahkan hasilnya..yehaa..

Unknown said...

selamat hari raya buat hajar n en. madey..semoga percutian yang panjang ini akan membuahkan hasil..

ciketon fazya said...

ya harus gembira yeh...
kalau ko balik beraya di parit bilal jemput juga singgah ke rumah mak ai yeh..

kalau datang ke kuala lumpur jemput singgah rumah suami ai yeh ( eton ko jgn nak berangan jadi orang kl.. sob sob rumah ai di dengkil)

kalau 14 sept pusing kampung sepelaung, akak cam tak dpt ikut..:(

word verify : Blese (bless supaya suami saya nak extend masa di kampung)

Naddie Edwards said...

Slmt Hari Raya Hajar & Madey..

i like planning raya ke-5 tu :D

3740Journal said...

selamat hari raya jar. wah.. dah ade raye roster. aku raye pertama je kt BP, pastu dah kene balik Penang belah Afiz lak sob sob. tp takpela paling penting hari sebelum raya dan daye pertama kt BP. itu baru meriah.

Psyche said...

Selamat hari Raya Puan Hajar dan Encik Madey. Maaf Zahir Batin yeh.

Jemput datang ke rumah kami (boleh la kalau nak order makan, tapi jangan melampau menunya - I ni amatur sahaja - nak order yang sedap2, boleh order ngan Cik Puan Eton).

Jadual kamu saksama sungguh. Kagum I you!

Maaf tahun ni tak dapat beraya di Batu Pahat. Sob sob. Jangan lupa, sebelum makan pada 14 sept tu, sila beri pesanan kepada rakan-rakan sepelaungan, bacakan al-fatihah untuk I yeh. Tak dapat makan pun xpelah, asal dapat pahle fatihah. hahaha.

Anonymous said...

Selamat hari raye mahap zahir batin juge

Hajar Bte Zainal said...

hajarH:
biasa la..siapa yg keje rooster,harusla ada sitem giliran tuk cuti raya..xpe,kamu masih ada suami di sisi..

nurul aini:
slamat hari raya jua tuk kamu aini..insyallah kalau ada rezeki,adala hasilnyer..

cik eton:
seharusnya kami sepaluangan akan terjah umah kamu di prt bilal..if kamu ada la..hope mr.alfateh dpt la extend cuti tu sket tuk kita beramah mesra raya tahun nie..kalau tak berkesempatan jua, kami cuba tuk beraya di KL ok..(bangga ok jd org KL)

Nad:
harus kita cari pengerusi ni tuk program raya2 kita tahun ni..puan sentap tu dah xnak jadi pengerusi..hahhah..

Azza:
mmg PENTING n MERIAH raya pertama di Johor ok..kemeriahan tak sama kan..tak dpt la aku jumpa ko raya ke-2 nanti kt umah sg.suloh,konvoi raya kami ke-2 WAJIB ke rumah atokmu..

Kak Pah:
Jadual tu hanya perancangan,xtaula tiba masa jadi lain..haha..Insyallah kami akan terjah umah kamu di KL k..i akan amik order seminggu lebih awal..be prepared u n eton!

at least, kamu dah mkn lauk raya hr tu masa buka pose kat umah aku tu kan..itu la sbb utama aku nak lauk raya..khas tuk kamu2 yg tak beraya di Johor..

Epit:
amik note ok tuk program raya ke-5 nie..if ramai leh join baru kita proceed k..

mimie said...

wah...terus tuka nama jadi pn sentap hahahah...planning tue klau ader perubahan bgtau i awl2 yer....i kena adjust masa muo n bp...lain la klau umah mak mentua i di blkg umah yah hahahah.....<---nak makan rendang mak yah ari2

ciketon fazya said...

ya, sila datang raya yeh..
nak dtg raya inform dulu yeh...

Anonymous said...

baaaaaik...